Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Arahan Sekatan ke atas pelajar 16 tahun yang jadi radikal dengan ideologi pelampau sayap kanan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Arahan Sekatan ke atas pelajar 16 tahun yang jadi radikal dengan ideologi pelampau sayap kanan

Jan 24, 2024 | 04:40 PM



Seorang pelajar menengah empat telah dikenakan Arahan Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah didapati menjadi radikal dengan propaganda pelampau sayap kanan dalam talian.

Warga Singapura itu dikenakan RO pada November 2023.

Dia, ketika itu berusia 16 tahun, mengenal pasti dirinya sebagai sebahagian golongan pertuanan kulit putih atau white supremacist dan menaruh harapan melakukan serangan di luar negara demi memajukan perjuangan golongan tersebut.


Belia itu merupakan individu kedua ditahan di bawah ISA kerana menjadi radikal dengan ideologi pelampau sayap kanan.

Kes pertama melibatkan belia berusia 16 tahun juga yang merancang membunuh jemaah di dua masjid di sini pada 2021.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Januari, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata belia Cina yang dikenakan RO itu didedahkan kepada bahan pelampau ganas pada 2022 setelah menonton video oleh personaliti pelampau sayap kanan, Paul Nicholas Miller.

Menjelang awal 2023, dia menyimpan rasa benci mendalam terhadap masyarakat yang biasanya disasarkan oleh pelampau sayap kanan, termasuk orang Afrika-Amerika, Arab dan individu LGBTQ+.

Didorong oleh retorik pelampau dalam talian, dia mula percaya bahawa orang Afrika-Amerika bertanggungjawab terhadap peratusan besar jenayah di Amerika Syarikat, dan patut “mati secara mengerikan”.

Dia juga menganggap pendatang haram Arab telah melakukan serangan ganas terhadap penduduk kulit putih di negara Barat.

Belia itu turut mengambil bahagian dalam beberapa kumpulan ‘chat’ sayap kanan dalam talian tempat dia berkongsi video ganas antiorang Afrika-Amerika.

ISD berkata semasa disiasat, belia itu dengan tegas mengenal pasti dirinya sebagai sebahagian golongan ketuanan kulit putih dan bersimpati dengan orang kulit putih, dan berharap untuk direkrut bagi serangan ganas oleh kumpulan ketuanan kulit putih di luar negara demi “berjuang untuk orang kulit putih”.

Dia malah mahu ke negara Barat seperti Perancis, Italy, Amerika dan Russia untuk mengambil bahagian dalam serangan.

Secara khusus, dia melahirkan minat untuk melakukan penembakan besar-besaran di Amerika dalam masa 10 tahun akan datang dalam kumpulan sembang dalam talian sayap kanan.

Dia tidak berhasrat melakukan sebarang serangan di Singapura.

Di bawah RO yang dikenakan ke atasnya, belia itu perlu menjalani program pemulihan menyeluruh bertujuan menentang ideologi pelampau ganas yang telah dipelajarinya dalam talian.

Program pemulihan itu akan menjurus ke arah membantunya menghayati bahawa pandangan ketuanan kulit putih tidak serasi dengan masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.

Dia akan menerima kaunseling psikologi daripada ahli psikologi ISD untuk menangani kecenderungannya terhadap keganasan dan faktor-faktor yang menyebabkannya terdedah kepada pengaruh radikal.

Pegawai kes ISD akan mendekati belia itu secara berkala untuk memantau pemulihannya dan bekerjasama rapat dengan keluarga dan sekolahnya untuk memastikan dia mendapat sokongan yang mencukupi.

Dia juga telah diberikan dua mentor yang akan memberikan bimbingan tambahan serta kemahiran kesihatan siber.

Di samping itu, ISD bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat seperti Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) untuk meneroka program berasaskan masyarakat yang sesuai yang akan melengkapkannya dengan kemahiran pro-sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >