Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arca Merlion jalani kerja penyenggaraan

Aug 24, 2021 | 5:30 AM
DIPAGAR: Arca Merlion yang ikonik di Taman Merlion akan dipagar mulai Khamis hingga 28 Ogos untuk dibersihkan dan kerja penyenggaraan. - Foto AFP
DIPAGAR: Arca Merlion yang ikonik di Taman Merlion akan dipagar mulai Khamis hingga 28 Ogos untuk dibersihkan dan kerja penyenggaraan. - Foto AFP -

ARCA Merlion yang ikonik di Taman Merlion akan dipagar mulai Khamis hingga 28 Ogos untuk dibersihkan dan kerja penyenggaraan.

Arca itu, yang dibentuk oleh tukang batu setempat, Encik Lim Nang Seng, dilancarkan pada 15 September 1972 di muara Sungai Singapura oleh Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.

Namun ia dipindahkan ke kawasan Marina Bay, di hadapan Hotel Fullerton, dan terus menjadi tarikan penting bagi kededua pelancong dan penduduk di sini.

Usaha membersihkan dan kerja penyenggaraan Merlion itu akan dijalankan oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan arca itu tidak dibuka kepada orang ramai semasa tempoh tersebut.

"Kami memohon pemahaman orang ramai kerana adangan dan kerja-kerja yang dijalankan boleh menyebabkan sedikit gangguan semasa tempoh ini," kata lembaga itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg