Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ARS menang anugerah Jabatan Perkhidmatan Awam, pegawai Muis turut diiktiraf

Jul 5, 2018 | 10:47 AM
SISTEM PENTAULIAHAN: Sistem pentauliahan bagi asatizah di Singapura, Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) dijadikan mandatori pada 1 Januari 2017, dengan Muis mengadakan sidang media untuk mengumumkan perkembangan ini.
SISTEM PENTAULIAHAN: Sistem pentauliahan bagi asatizah di Singapura, Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) dijadikan mandatori pada 1 Januari 2017, dengan Muis mengadakan sidang media untuk mengumumkan perkembangan ini. - Fail BH

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), satu-satunya lembaga berkanun bagi pentadbiran agama di Singapura, telah memenangi empat anugerah yang diberikan Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD), termasuk satu anugerah cemerlang bagi Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) mandatori.

ARS, sistem pentauliahan bagi asatizah setempat, dijadikan mandatori tahun lalu, antara usaha Muis untuk menaik taraf asatizah setempat sebagai sumber rujukan berwibawa bagi masyarakat Muslim Singapura.

Ia menerima anugerah Projek Inovasi ExCEL di Majlis Anugerah Mengubah Sektor Awam yang diadakan di Resorts World Sentosa - sempena Minggu Perkhidmatan Awam - pada 4 Julai.

Turut menerima anugerah ialah dua pegawainya, kata Muis dalam kenyataannya.

Pengurus di Unit Strategik Pembangunan Sosial Encik Mohamad Zulfadhli Mohd Gazali, 37 tahun, memenangi Anugerah Bintang Perkhidmatan Individu kerana menghulur bantuan melebihi jangkaan tugasannya, sementara Pengerusi Eksekutif Masjid Mujahidin Encik Muhammad Khairul Jameel Yahya memenangi Anugerah Bintang Pengurus Cemerlang kerana memain peranan utama memimpin pertubuhannya dan memacu perubahan dan inovasi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg