Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Artifak baru di Pusat Warisan India sempena sambutan ulang tahun ke-10

May 9, 2025 | 4:29 PM
Pengunjung mendengar kisah beberapa artifak semasa lawatan galeri di Pusat Warisan India pada 7 Mei 2025.
Pengunjung mendengar kisah beberapa artifak semasa lawatan galeri di Pusat Warisan India pada 7 Mei 2025. - Foto ST

Apabila Cik Salma Moiz, 84 tahun, berkahwin beberapa dekad yang lalu, beliau mempunyai corak mehendi yang sangat terperinci di tangan dan kakinya.

Mehendi adalah sejenis seni badan tradisional yang dihasilkan daripada pes tanaman inai. Proses melukis di badan boleh mengambil beberapa jam dengan menggunakan alat berbentuk jarum yang halus. 

Alat seperti itu sering digunakan oleh masyarakat India dan Melayu Singapura untuk melukis inai semasa majlis perkahwinan dan perayaan-perayaan lain. Pada zaman sekarang, alat tiub inai lebih biasa digunakan kerana ia lebih pantas. 

Alat mehendi yang digunakan oleh Puan Moiz ialah pusaka keluarga yang beliau simpan selama beberapa dekad.

Kini, ia akan dijadikan sebuah pameran muzium setelah Cik Moiz menyumbangkannya ke Pusat Warisan India (IHC) di Campbell Lane di Little India.

Ia adalah antara 60 artifak yang telah disumbangkan kepada IHC dan akan dipamerkan di tempat pameran tetap. 

Sebanyak 30 artifak sudah pun dipamerkan, dan selebihnya akan dipamerkan menjelang September sempena sambutan ulang tahun IHC yang ke-10.

Antara sumbangan artifak terkenal termasuk patung gangsa yang jarang ditemui. Ia menggambarkan bentuk tarian Ardhanarishvara, dewa Hindu yang dikenali sebagai “The Lord Whose Half is Woman”, dan seutas gelang emas yang menampilkan sepasang burung merak yang diukir. Ini merupakan barang kemas yang sering dilihat sebagai sebahagian daripada pakaian pengantin perempuan India. 

Pameran itu menunjukkan sejarah dan warisan masyarakat India dan Asia Selatan Singapura. 

Cik Moiz, seorang bekas pemandu pelancong muzium, kata ia adalah penting untuk mencatat pengalaman generasi yang lalu, dan memastikan bahawa aritfak warisan ini diletakkan di tempat yang terjaga dan dihargai. 

“Jika (artifak-artifak) diwariskan turun temurun, ramai mungkin tidak memahami nilai dan sejarah di sebalik beberapa barang tertentu. Tetapi di sini (pusat warisan), mereka akan terpelihara selamanya,” katanya. 

Selain artifak baru, IHC juga akan melancarkan sebuah acara rumah terbuka pada 10 dan 11 Mei, termasuk lawatan galeri di mana pameran-pameran tersebut akan digunakan untuk sebahagian daripada sesi bercerita secara langsung. 

Acara ini merupakan sebahagian daripada HeritageFest Singapura 2025 yang dianjurkan oleh HeritageSG, sebuah anak syarikat Lembaga Warisan Negara. 

Apabila ditanya tentang acara tersebut, pengerusi IHC, R. Rajaram berkata: “Muzium dibaratkan sebagai tempat renungan tenang, tetapi usaha tambahan diperlukan untuk mendekati khalayak ramai supaya lebih menarik.” 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg