Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arwah ibu presiden Pergas Ustaz Hasbi tekankan ilmu buat anak-anak dan pelajarnya

Oct 13, 2021 | 5:30 AM
SEMUA BERJAYA: Allahyarhamha Ustazah Kalthom bersama suami Encik Hassan serta bersama anak-anak mereka: (duduk dari kiri) Cik Hasmidah, Ustazah Haslinda serta Ustaz Hasbi dan (berdiri dari kiri) Ustaz Dr Haniff, Cik Nurhasni, Dr Hafidz dan Ustaz Dr Hannan. - Foto ihsan USTAZ DR MOHAMMAD HANNAN HASSAN
SEMUA BERJAYA: Allahyarhamha Ustazah Kalthom bersama suami Encik Hassan serta bersama anak-anak mereka: (duduk dari kiri) Cik Hasmidah, Ustazah Haslinda serta Ustaz Hasbi dan (berdiri dari kiri) Ustaz Dr Haniff, Cik Nurhasni, Dr Hafidz dan Ustaz Dr Hannan. - Foto ihsan USTAZ DR MOHAMMAD HANNAN HASSAN -

BELIAU masih ingat bagaimana Allahyarhamha ibunya Ustazah Kalsom Marwan bersemangat dan iltizam kuat untuk memastikan kesemua lapan anaknya menuntut ilmu hingga ke menara gading, meskipun beliau sendiri tidak belajar setinggi itu.

Mengimbas kembali, anak kedua Allahyarhamha, presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, berkata banyak pengorbanan ibunya untuk memastikan kesemua anaknya berjaya.

"Kami dulu keluarga susah. Tinggal satu bilik, satu hall, di Beach Road.

"Jadi apa ibu saya buat bila tiba musim peperiksaan ialah mengajar adik saya di tangga tepi rumah kerana di situ ada lampu dan lebih luas. Begitulah kuat azam ibu saya untuk memastikan kami adik-beradik berjaya dalam pelajaran," singkapnya.

Allahyarhamha meninggal dunia pada usia 86 tahun Sabtu lalu. Beliau meninggalkan suami, Encik Hassan Abdul Majid, 86 tahun; tujuh anak (seorang telah meninggal dunia) dan beberapa cucu.

Daripada lapan anak beliau, tujuh belajar hingga ke universiti, dengan tiga berkelulusan doktor falsafah (PhD).

Mereka ialah Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan; Zamil Kajian di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan; dan pensyarah undang-undang serta peguam sivil dan syari'i di Malaysia, Dr Mohamad Hafiz Hassan.

Allahyarhamha juga mengabdikan sepanjang hayatnya sebagai guru agama mendidik ratusan anak murid dan asatizah.

Malah Allahyarhamha mengajar tafsir, fiqh dan sejarah agama di rumah-rumah orang hingga beliau berumur 83 tahun dan perlu menggunakan kerusi roda.

"Ibu juga sering mengingatkan kami bahawa lebih daripada pelajaran, menyumbang kembali kepada masyarakat adalah penting, agar ilmu yang kami raih dapat memberi manfaat kepada orang lain," kata Ustaz Hasbi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg