Premium
Asam garam kehidupan Cef Amri
Pernah murung selama setahun selepas menghidap strok dan barah
Aug 30, 2020 | 5:30 AM
TETAP MINAT MEMASAK: Walaupun sudah dua dekad menceburi bidang masakan, namun minatnya tetap utuh hingga kini. Terbaru beliau akan bersama Berita Harian dan menampilkan beberapa cef tempatan bersama hidangan mereka. - Foto BM oleh HARITH MUSTAFFA -
CEF selebriti Amri Abdul Azim masih teringat lagi bibit-bibit pertama beliau mula melangkah ke dalam dapur restoran untuk memulakan kerjaya kulinarinya.
Sebagai pelatih yang baru sahaja tamat pengajian di Pusat Latihan dan Pendidikan Persatuan Hotel Singapura (Shatec) ketika itu, perjalanan menjadi seorang cef tidak semudah masuk ke dalam dapur dan masak.

