Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Asatizah ikuti bengkel penulisan anjuran BH, Pergas

Feb 18, 2024 | 5:30 AM
Seramai 25 asatizah hadiri bengkel penulisan yang dikendalikan Berita Harian dengan kerjasama Pergas. Bengkel penulisan dikendalikan oleh Timbalan Editor Berita, Encik Norman Sawi (tengah).
Seramai 25 asatizah hadiri bengkel penulisan yang dikendalikan Berita Harian dengan kerjasama Pergas. Bengkel penulisan dikendalikan oleh Timbalan Editor Berita, Encik Norman Sawi (tengah). - Foto BM oleh KHALID BABA

Sekumpulan asatizah menghadiri bengkel penulisan dalam kursus yang dikendalikan Berita Harian (BH) pada 17 Februari di pejabat BH.

Bengkel dua hari yang dianjurkan bersama Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) itu bertujuan untuk melengkapkan asatizah dengan kemahiran menulis, sebagai sebahagian daripada kerja mereka sebagai pendakwah. 

Hari pertama kursus itu menampilkan Timbalan Editor Berita, Berita Harian, Encik Norman Sawi.

Seramai 25 asatizah hadir untuk kursus yang diambil kira sebagai latihan Pendidikan Profesional Berterusan (CPE).

Pegawai asatizah yang bertugas dan juga peserta bengkel, Ustazah Maisurah Mohamed Rafii, 26 tahun, berkata kursus ini telah memperkenalkan aspek penulisan kewartawanan, dan cara menyampaikan berita dan maklumat dengan efektif dan dapat menarik perhatian pembaca.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg