Premium
Asatizah punya peranan penting galak hidup sihat
May 4, 2019 | 5:30 AM
ASATIZAH SIHAT UMAT KUAT: Kumpulan 25 asatizah telah mengambil bahagian dalam program perintis selama 12 minggu, iaitu Asatizah Sihat, yang berakhir semalam. Encik Masagos (tengah) telah menghadiri acara penutup tersebut yang diadakan di Hab Islam Singapura di Braddell Road. - Foto BH oleh IQBAL FAIZAL -
ASATIZAH merupakan kumpulan individu yang amat dihormati dan berpengaruh dalam masyarakat, justeru peranan mereka penting dalam menggalak masyarakat menjalani kehidupan lebih sihat.
Menekankan demikian, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggesa para asatizah yang telah merasakan sendiri gaya hidup sihat melalui program Asatizah Sihat untuk mengongsi pengalaman serta ilmu yang diperolehi mereka kepada anggota masyarakat lain terutama pelajar.

