Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Asatizah sedia khidmat nasihat, sokongan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERGAS

Asatizah sedia khidmat nasihat, sokongan

Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Perkhidmatan Asatizah Solace Care merupakan satu daya usaha sokongan dan nasihat daripada asatizah yang bertauliah kepada masyarakat Islam Singapura. Khidmat Asatizah Solace Care ini disediakan untuk setiap individu yang berhadapan kerumitan hidup seperti tekanan kehidupan, masalah keluarga, rumah tangga atau lain-lain. Asatizah Solace Care ditubuhkan pada 2020, di bawah naungan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).

Sejak tiga tahun lalu, lebih 70 individu berjaya dibimbing oleh 10 asatizah berkemahiran, lantas membuktikan masyarakat telah menikmati banyak manfaat daripada daya usaha ini.

Ustazah Iffah Diyanah Jamil, 31 tahun, asatizah yang berkhidmat di Asatizah Solace Care berkata platform ini menggunakan pendekatan kaunseling Islamik untuk membantu klien memahami atau berdamai dengan keadaan mereka.

“Apabila klien berhadapan dengan masalah rumah tangga, kami akan berbincang dengan tenang dan meneroka pilihan yang selari dengan syariah Islam untuk memperbaiki keadaan klien berkenaan. Perlu difahamkan, khidmat Asatizah Solace Care ini bukanlah khidmat menyelesaikan masalah, tetapi lebih kepada khidmat sokongan dan pemberian nasihat. Justeru, kami mengalu-alukan kedatangan mereka yang memerlukan sokongan atau nasihat agama, untuk menempah sesi di Asatizah Solace Care,” kata Ustazah Iffah Diyanah.

Sehubungan itu, seorang klien di Asatizah Solace Care, Cik Fatin (bukan nama sebenar), 31 tahun, berkata beliau menerima bantuan berharga daripada Asatizah Solace Care dalam menangani cabaran dalam kehidupannya. Sikap profesionalisme asatizah yang memahami, mendengar tanpa menghakimi, dan menunjukkan nilai empati yang tinggi, membuatkan beliau selesa untuk berkongsi masalah daripada hati ke hati. Suri rumah tangga itu juga menjelaskan, beliau berpuas hati sepanjang menggunakan perkhidmatan Asatizah Solace Care.

“Pengalaman ini melebihi jangkaan saya dan saya bersyukur atas sokongan yang diterima, tambah-tambah lagi, perkhidmatan ini disediakan tanpa bayaran. Selain itu, sesi pertemuan juga boleh diadakan secara bersemuka, Zoom, atau panggilan telefon. Kelebihan tersebut membantu saya menyusun jadual pertemuan dengan lebih fleksibel,” jelas Cik Fatin.

Dengan berkembangnya peranan asatizah, wajar bagi masyarakat terus menyokong misi Pergas dalam membentuk generasi asatizah pakar dan mesra terhadap masyarakat.

HULUR SUMBANGAN


Anda boleh menyumbang kepada Dana Endowmen Pergas (wakaf) dengan:

1. Lungsuri perlu.pergas.org.sg.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun CIMB 2000560073.

3. PayNow nombor UEN S57SS0012G073.

4. Cek berpalang atas nama ‘PERGAS – CHARITY’.

5. Penama di dalam Wasiat.

6. Sumbangan bulanan melalui Giro.

7. Hubungi talian 6904-8374.

8. E-mel: perlu@pergas.org.sg.

9. Bagi sumbangan zakat atau sedekah, lungsuri https://www.pergas.org.sg.

KHIDMAT ASATIZAH SOLACE CARE


Cara mendapatkan khidmat Asatizah Solace Care:

1. Layari laman Pergas di https://www.pergas.org.sg/asatizah-solace-care.

2. Isi borang untuk menempah sesi bersama asatizah, sama ada melalui Zoom ataupun panggilan WhatsApp. Pegawai Pergas akan menghubungi klien melalui WhatsApp bagi mengesahkan tarikh dan masa yang ditetapkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >