Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Asatizah setempat tebar sayap ke luar negara

Sep 19, 2022 | 5:30 AM
USTAZ TARMIZI WAHID
USTAZ TARMIZI WAHID -

ASATIZAH usahawan Singapura kian dikenali di luar negara untuk menebarkan sayap dakwah mereka melewati batas sempadan.

Media sosial dan pembelajaran dalam talian telah membolehkan beberapa asatizah setempat menarik perhatian dan mendapat pengikut daripada luar negara.

Ini mentelah lagi pembelajaran yang dikongsi asatizah setempat dijalankan dalam bahasa Inggeris yang baik, sekali gus mudah difahami oleh pelbagai lapisan latar belakang.

Misalnya beberapa asatizah setempat seperti Ustaz Tarmizi Wahid dan Ustazah Liyana Musfirah kini telah berjaya menembusi pasaran Malaysia yang kian ramai pengikut mereka merupakan golongan yang mahukan ceramah kerohanian dalam bahasa Inggeris.

Ini termasuk kaum kerabat di raja serta golongan selebriti dan pempengaruh terkenal.

Di samping itu, kelas dalam talian di dalam bahasa Inggeris juga berjaya menarik penglibatan pelajar sejauh Australia, United Kingdom dan Tanzania.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg