Premium
Asean, AS harus tingkat dialog isu keselamatan, ekonomi
PM Lee garis dua bidang tumpuan dalam ucapan di Sidang Asean-AS sebagai cara bagi Amerika terus memperluas dan memperkukuh kehadiran di rantau ini
Nov 15, 2020 | 5:30 AM
GARIS BIDANG TUMPUAN: PM Lee (kiri) dalam Sidang Asean-AS Ke-8 semalam. Beliau berkata Amerika telah menjadi rakan Asean yang penting sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua dan mengucapkan terima kasih kepada negara itu atas sokongannya kepada rantau ini dalam menangani krisis Covid-19. - Foto MCI -
AMERIKA Syarikat dan Asean harus mempertingkat dialog dan rundingan mengenai isu-isu berkaitan keselamatan dan politik sambil memperdalam hubungan ekonomi menerusi usaha melindungi rantaian bekalan, mengekalkan perdagangan terbuka dan tanpa halangan serta memulakan semula perjalanan antarabangsa dengan selamat.
Demikian dua bidang tumpuan yang digariskan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapannya di Sidang Asean-AS Ke-8 semalam sebagai cara bagi Amerika untuk terus memperluas dan memperkukuh kehadirannya di rantau ini.

