Topik diikuti
Pergi ke BHkuAsean perlu komited tegakkan sistem dagangan berbilang pihak
Asean perlu komited tegakkan sistem dagangan berbilang pihak
PM Lee: Langkah penting bagi pastikan pembangunan yang mampan di rantau ini
Asean perlu komited tegakkan sistem dagangan berbilang pihak
BERSAMA BINCANG PELBAGAI ISU: Pemimpin Asean mengambil gambar bersama sempena Pertemuan Pemimpin Asean di Bali semalam dengan disertai pemimpin dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia - Foto AFP -
Oct 12, 2018 | 5:30 AM
DARI NUSA DUA, BALI: PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata Asean perlu kekal komited dalam menegakkan sistem perdagangan dan kerjasama berbilang pihak demi memastikan pembangunan yang mampan.
Beliau juga menekankan peri penting bagi Asean melaraskan objektif ekonomi bagi pembangunan mampan supaya pertumbuhan ekonomi kumpulan serantau itu akan membawa faedah nyata kepada 630 juta warga Asean.