Topik diikuti
Pergi ke BHkuAsia pemacu perbelanjaan pertahanan sejagat jelang 2020
Jumlah yang dibelanjakan negara Asia Pasifik dijangka lonjak kepada AS$533 bilion setahun

Asia pemacu perbelanjaan pertahanan sejagat jelang 2020
ASIA dijangka memperkukuh kedudukannya sebagai pemacu utama perbelanjaan pertahanan sejagat menjelang 2020 - di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan dengan China berusaha terus mempertingkat kekuatan tenteranya, menurut satu laporan baru.
Menurut syarikat kajian pertahanan Britain IHS Jane's, perbelanjaan pertahanan di Asia Pasifik diramalkan mencapai AS$533 bilion ($747 bilion) setahun secara keseluruhan menjelang hujung dekad ini, berbanding AS$435 bilion tahun lalu.
