Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aturan lebih ketat untuk kunjung pasar mulai esok

Apr 21, 2020 | 6:54 PM
Pasar Geylang Serai antara empat pasar popular yang akan dihadkan lagi bilangan pengunjungnya.
Pasar Geylang Serai antara empat pasar popular yang akan dihadkan lagi bilangan pengunjungnya. - Jason Quah

BILANGAN pengunjung ke empat pasar popular di Singapura, termasuk Pasar Geylang Serai, akan dihadkan dengan lebih lanjut lagi bagi menjaga kesihatan awam semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan. Mulai esok, pemegang kad pengenalan dengan nombor terakhir genap (0,2,4,6,8) hanya boleh ke pasar-pasar itu pada tarikh genap. Mereka yang memegang kad pengenalan dengan nombor terakhir ganjil (1,3,5,7,9) hanya boleh ke pasar-pasar itu pada tarikh ganjil. Tiga lagi pasar yang terjejas ialah Pasar Chong Pang di Blok 104/105 Yishun Ring, pasar di Block 20/21 Marsiling Lane, dan pasar di Blok 505 Jurong West Street 52. Orang ramai perlu menunjukkan bukti pengenalan diri sebelum memasuki pasar itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg