Topik diikuti
Pergi ke BHkuAturan perjalanan yang dibenarkan: Diberi subsidi, perlindungan insurans
Premium
Aturan perjalanan yang dibenarkan: Diberi subsidi, perlindungan insurans
Aturan perjalanan yang dibenarkan: Diberi subsidi, perlindungan insurans
-
Aug 7, 2020 | 5:30 AM
WARGA Singapura dan Penduduk Tetap yang ke luar negara mulai hari ini di bawah aturan perjalanan yang dibenarkan akan layak menerima subsidi pemerintah dan perlindungan MediShield Hayat atau Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu (IP) jika mereka dijangkiti Covid-19 dalam masa 14 hari setelah pulang ke sini.
Pemegang pas jangka panjang pula boleh menggunakan aturan kewangan seperti insurans pekerja asing. Perubahan dasar itu diumumkan semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) semalam sedang pemerintah secara berperingkat membolehkan perjalanan penting ke luar negara menerusi beberapa aturan perjalanan.
