Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AVA: Jangan makan bijirin Honey Smacks Kellogg's

Jun 20, 2018 | 5:04 PM
JANGAN MAKAN: AVA menasihatkan orang ramai untuk tidak memakan bijirin Honey Smacks Kellogg's.
JANGAN MAKAN: AVA menasihatkan orang ramai untuk tidak memakan bijirin Honey Smacks Kellogg's. - Foto AVA

ORANG ramai yang telah membeli bijirin Honey Smacks Kellogg's dinasihatkan untuk segera membuang produk itu menyusuli keprihatinan tentang pencemaran bakteria salmonella.

Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) menarik balik produk itu dalam bungkusan 15.3 oz dan 23 oz kelmarin (18 Jun) tetapi kini menasihatkan orang ramai untuk tidak memakannya, tanpa mengira saiz bungkusan mahupun tarikh luputnya.

Pasar raya dalam talian, RedMart, yang mengimport bijirin itu ke Singapura juga menasihatkan pelanggannya untuk segera membuang produk tersebut.

Cold Storage berkata mereka menarik balik bijirin itu daripada pasar rayanya Sabtu lalu sementara Sheng Siong dan Giant pula berkata mereka tidak menjual bijiran tersebut.

Kellogg's mengumumkan untuk memanggil balik produk Honey Smacks di seluruh dunia kerana wujud keprihatinan tentang kehadiran bakteria salmonella.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata tiada kes Salmonella Mbandaka yang dihubungkan dengan memakan bijiran Honey Smacks Kellogg's di Singapura sejauh ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg