Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AVA periksa dengan pihak berkuasa Malaysia tentang kes kopi durian

Feb 3, 2018 | 3:21 PM
KOPI DURIAN: Bahan yang dipercayai dadah dikesan dalam contoh campuran kopi segera yang dikenal pasti sebagai Mycafe Penang Durian White Coffee dalam beberapa laporan media.
KOPI DURIAN: Bahan yang dipercayai dadah dikesan dalam contoh campuran kopi segera yang dikenal pasti sebagai Mycafe Penang Durian White Coffee dalam beberapa laporan media. - Foto LIANHE ZAOBAO

PENGUASA Agromakanan dan Veterinar (AVA) berkata mereka telah meminta fakta kes daripada pihak berkuasa di Malaysia berhubung laporan media tentang beberapa individu di negara itu yang jatuh sakit selepas meminum minuman 'Durian White Coffee'.

"Secara umumnya, pengguna yang rasa kurang sihat selepas mengambil apa jua produk makanan harus mendapatkan rawatan segera.

"Sebagai amalan keselamatan makanan yang baik, mereka yang meragui keselamatan sesuatu produk makanan itu tidak harus memakannya," kata AVA menerusi laman Facebook mereka semalam (2 Feb).

Sebelum ini, media Malaysia melaporkan bahawa beberapa orang telah mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang antara 27 dengan 30 Januari lalu selepas minum kopi durian itu.

Berikutan itu, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa contoh campuran kopi segera itu - yang dikenal pasti sebagai Mycafe Penang Durian White Coffee dalam beberapa laporan media - didapati mengandungi bahan yang dipercayai adalah dadah, kata polis Malaysia.

Ketua Polis Daerah George Town, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Anuar Omar berkata contoh campuran kopi segera itu dihantar ke makmal keselamatan dan mutu makanan bagi diuji selepas seorang pegawai perubatan membuat laporan polis.

ACP Anuar berkata seorang pegawai kemudian mengesahkan bahawa bahan yang dipercayai dadah ditemui dalam paket campuran kopi itu.

Bagaimanapun, jenis dadah itu belum dikenal pasti.

Sementara itu, Mycafe Penang Durian White Coffee berkata bahawa mereka percaya paket campuran kopi yang mereka terima daripada seorang mangsa telah diusik.

Menerusi satu kenyataan, mereka juga berkata mereka telah membuat laporan polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg