Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AVA: Tiada laporan tentang keropok lekor yang didakwa mengandungi plastik

May 24, 2018 | 9:22 PM
BUKAN MAKANAN PALSU: Dalam satu video yang tular di media sosial, seorang lelaki membakar keropok lekor dan mendakwa ia mengandungi plastik apabila apinya terus menyala.
BUKAN MAKANAN PALSU: Dalam satu video yang tular di media sosial, seorang lelaki membakar keropok lekor dan mendakwa ia mengandungi plastik apabila apinya terus menyala. - Foto FACEBOOK

PENGUASA Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) menjelaskan bahawa mereka tidak menerima sebarang maklum balas tentang keropok lekor yang didakwa mengandungi plastik.

Ini menyusuli satu video yang tular di media sosial baru-baru ini, dengan seorang lelaki mendakwa bahawa keropok lekor yang dibelinya mengandungi plastik.

Dalam video itu, seorang lelaki membakar sebahagian keropok lekor.

Sambil menunjukkan keropok lekor yang dibakarnya itu, beliau berkata kepada seorang penjual agar tidak menjualnya kerana menurutnya, ia mengandungi plastik.

"Takkan keropok lekor boleh terbakar macam ini. Ini plastik. Bau saja, dah tahu," kata lelaki itu.

Video tersebut juga menunjukkan api di bahagian hujung keropok lekor terus menyala.

Menerusi laman Facebook mereka hari ini (24 Mei), AVA berkata produk makanan yang mengandungi lemak, karbohidrat dan protein boleh terbakar dengan cara itu dan menjadi hangus.

Tambahnya, mereka juga tidak mengesan sebarang makanan palsu, iaitu makanan yang mengandungi bahan sintetik, di Singapura sejauh ini.

"Oleh itu, sebelum anda percaya atau menyebarkan berita palsu, fikir baik-baik sama ada sumber maklumat anda itu boleh dipercayai.

"Kami yakin anda tidak mahu menyebarkan maklumat yang salah serta menyebabkan orang ramai cemas dan keliru," kata AVA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg