Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

A&W dapat sijil halal Muis

Nov 10, 2020 | 2:57 PM
Restoran A&W telah berjaya mendapat sijil halal Muis. - Foto FACEBOOK/HALALHUB CONSULTANTS PTE LTD
Restoran A&W telah berjaya mendapat sijil halal Muis. - Foto FACEBOOK/HALALHUB CONSULTANTS PTE LTD -

RESTORAN makanan A&W telah disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (10 Nov), restoran tersebut berkata ia telah berjaya mendapatkan pengesahan badan Islam itu di sini bagi cawangan A&W di Jewel Lapangan Terbang Changi dan AMK Hub.

"Kami akan terus fokus menyediakan makanan berkualiti tinggi, perkhidmatan pelanggan dan keselamatan bagi kedua-dua pelanggan dan kakitangan kami dalam masa mencabar Covid-19 ini," kata pengurus pembangunan perniagaan A&W, Cik Sally See.

A&W turut berkata bahawa ia mahu menambah lagi cawangannya di Canberra Plaza dan bercadang membuka lagi dua hingga tiga cawangan baru jelang 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg