SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ayah M. Nasir meninggal dunia

Ayah M. Nasir meninggal dunia

Jan 28, 2021 | 3:34 PM

Ayah M. Nasir meninggal dunia

LEGENDA muzik kelahiran Singapura, Datuk M. Nasir, kehilangan ayahnya, Encik Mohamed Sam, yang menghembuskan nafas terakhir di Singapura sekitar 7.30 pagi Khamis (28 Januari).

Menurut laman Astro Awani, Allahyarham Mohamed meninggal dunia pada usia 96 tahun kerana sakit tua di kediamannya.

Isteri Nasir, Datin Marlia Musa, menjelaskan kerana sekatan kembara pandemik Covid-19, mereka sekeluarga tidak dapat pulang ke Singapura bagi melawat jenazah bapa mentuanya itu.

"Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan kerana Covid-19. Abang (M. Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan," jelas Marlia ketika dihubungi.

Kali terakhir beliau dan suami bertemu Allahyarham ialah setahun lalu sebelum Covid-19 menular.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg