Ayah meninggal, M. Nasir tidak dapat pulang dek sekatan perjalanan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ayah meninggal, M. Nasir tidak dapat pulang dek sekatan perjalanan

Jan 29, 2021 | 5:30 AM

Ayah meninggal, M. Nasir tidak dapat pulang dek sekatan perjalanan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ALLAHYARHAM MOHAMED BIN SAM: Ayah M. Nasir dirawat sebulan di hospital dan dibawa pulang seminggu lalu. Walaupun M. Nasir (atas) jauh di mata, beliau dapat menyaksikan urusan jenazah secara "live". - Foto-foto MARLIA MUSA IG
ALLAHYARHAM MOHAMED BIN SAM: Ayah M. Nasir dirawat sebulan di hospital dan dibawa pulang seminggu lalu. Walaupun M. Nasir (atas) jauh di mata, beliau dapat menyaksikan urusan jenazah secara "live". - Foto-foto MARLIA MUSA IG -

SENIMAN kelahiran Singapura Datuk M. Nasir semalam kehilangan bapanya, Mohamed Bin Sam yang meninggal dunia kerana sakit tua pada usia 96 tahun.

Bapanya mengembuskan nafas terakhir pada kira-kira 7.30 pagi di kediamannya di Teck Whye.

Anak kelimanya, Cik Siti Hajar, yang merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Al-Jawaher, ketika dihubungi Berita Harian berkata bapanya sebelum itu dirawat di hospital selama satu bulan dan telah dibawa pulang ke rumah sejak seminggu lalu.

"Walaupun bapa dah tua, ingatannya masih baik," ujar Siti Hajar.

Beliau berkata abangnya Nasir sering menghubungi bapa mereka dan bercakap menerusi panggilan video.

"Abang tak dapat balik sebab susah dengan bermacam sekatan di Malaysia... kalau pulang pun, tentu nanti dia kena kuarantin terlebih dahulu," ujarnya.

Namun biarpun jauh di mata, Nasir tetap dapat menyaksikan setiap proses urusan jenazah secara "live" termasuk ketika jenazah dimandikan dan dibawa ke Pusara Abadi, kata Siti Hajar.

"Kami adik beradik rakamkan video secara live untuk abang ikuti setiap proses urusan jenazah. Jadi kami dapat terus berhubungan dengannya sepanjang keadaan berduka," kata beliau.

Nasir merupakan anak keempat dalam sembilan beradik, kali terakhir pulang ke Singapura dan bertemu orang tuanya kira-kira setahun lalu selepas beliau mengadakan konsertnya, Konsert M. Nasir Satu Hikayat - 40 Tahun Perjalanan Seni" di Teater Mediacorp pada 4 Januari tahun lalu.

Isteri M. Nasir, Datin Marlia Musa, berkata beliau sekeluarga tidak dapat pulang ke Singapura sejak tahun lalu kerana Covid-19.

"Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan kerana pandemik. Abang (M. Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan," jelas Marlia, lapor Astro Awani.

Selain Nasir, hampir kesemua anak-anak Allahyarham Haji Mohamed pernah terlibat dalam bidang muzik.

Antara yang dikenali ialah Zulkifli (Zoul) yang pernah menganggotai kumpulan Kembara dan menghasilkan beberapa album sendiri; Zainal (Zynal) yang pernah merakamkan album kerohanian dan Rahim yang dikenali sebagai penulis lirik lagu Dua Insan. Sementara Siti Hajar dan yang bongsu, Normala merupakan penyanyi kumpulan nasyid A-Jawaher yang masih aktif sehingga kini. Nasir juga merupakan penerbit album Al-Jawaher dalam awal penubuhannya.

Allahyarham juga meninggalkan seorang balu, Cik Aesah Yahaya, 86 tahun.

"Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan kerana pandemik. Abang (M. Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan." - Marlia Musa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg