Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AYE dan West Coast kini lebih terlindung daripada banjir

Sep 1, 2019 | 5:30 PM
ce60c28b-811a-411b-a812-31fe925067a1
-

Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) dan kawasan West Coast kini lebih dilindungi daripada banjir selepas kerja peningkatan bernilai $74 juta lengkap di sana.

Daya tampung longkang Sungi Pandan Kechil sepanjang 3 kilometer juga telah diganda.

Longkang itu telah diperluas sehingga 4 meter di dua bahagian - sepanjang AYE ke West Coast Road dan sepanjang West Coast Road ke laut - dan diperdalam sehingga 1.9 meter di beberapa bahagian. Kini, longkang itu sedalam antara 3.3 meter hingga 5 meter.

Terowong seluas 6.5 meter juga dibina dibawah AYE untuk menyalir air dari permukaan jalan raya untuk mengurangkan risiko banjir.

Ruang riadah di sekitar longkang itu juga telah ditambah.

Pelengkapan kerja peningkatan itu diumumkan oleh Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast S. Iswaran pada Sabtu (31 Ogos).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg