Topik diikuti
Pergi ke BHkuAzam genggam ijazah dapat bantuan LBKM
65 pelajar sambilan universiti atau institusi tempatan terima dermasiswa $1,200

PENERIMA DERMASISWA LBKM: (Dari kiri) Encik Nazreen Rozman dan Cik Asmarita Yahya mengongsi aspirasi mereka melanjutkan pelajaran dengan Dr Faishal Ibrahim dan Encik Suhaimi Salleh. - Foto TAUFIK A. KADER
Mar 1, 2016 | 5:30 AM
Azam genggam ijazah dapat bantuan LBKM
MESKIPUN menghidap penyakit atrial fibrillation (AF) atau ritma jantung yang tidak menentu, ia tidak menghambat semangat dan azam Cik Asmarita Yahya menggenggam segulung ijazah.
Ibu dua anak perempuan berusia 22 dan 21 tahun itu sering kali berulang-alik dan dimasukkan ke hospital sejak tiga tahun lalu, sekali gus merapuh impiannya itu menyambung pengajian pada peringkat lebih tinggi.