Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Babi hutan bunting mati akibat kemalangan di BKE

Jun 22, 2018 | 1:21 PM
NAHAS DI BKE: Pengguna Facebook Alex Soo memuat naik gambar menyusuli nahas jalan raya melibatkan babi hutan bunting itu. Beberapa anak babi hutan itu turut dilihat berdekatannya.
NAHAS DI BKE: Pengguna Facebook Alex Soo memuat naik gambar menyusuli nahas jalan raya melibatkan babi hutan bunting itu. Beberapa anak babi hutan itu turut dilihat berdekatannya. - Foto FACEBOOK/ALEX SOO

SEEKOR babi hutan bunting mati akibat satu kemalangan di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dekat jalan susur keluar Mandai Road malam tadi (21 Jun).

Jurucakap polis berkata tiga kereta terlibat dalam nahas jalan raya itu dan tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut akhbar The Straits Times, babi hutan itu dilanggar dua kereta di lorong paling kanan ekspreswe itu.

Selepas itu, kereta yang ketiga pula berlanggar dengan salah satu daripada dua kereta tersebut.

Ini merupakan kali kedua dalam seminggu kemalangan melibatkan haiwan liar berlaku di kawasan itu.

Ahad lalu, seekor rusa jenis 'sambar' yang jarang kelihatan di sini menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di BKE.

Seorang pemandu teksi cedera akibat nahas itu dan dibawa ke hospital.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg