Babi hutan ditemui mati dalam perangkap haram di Lim Chu Kang
Premium
Babi hutan ditemui mati dalam perangkap haram di Lim Chu Kang
Mar 7, 2019 | 5:30 AM
DITEMUI MATI: Doktor haiwan Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) mendapati babi hutan itu mati akibat stres dalam ruang yang sempit. - Foto FACEBOOK/ ACRES -
SEEKOR babi hutan ditemui mati selepas terjerat dalam perangkap yang tidak dibenarkan di tanah perkuburan Lim Chu Kang.
Insiden itu telah mendorong Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) berkongsi maklumat mengenai kejadian Isnin lalu itu di Facebook untuk memberi amaran terhadap penggunaan perangkap tersebut, yang boleh mengancam hidupan liar.

