Premium
Badan anjur kelas agama percuma mahu perluas khidmat
May 28, 2017 | 5:30 AM
MAHU KEMBANGKAN KHIDMAT: Presiden Nur Insan, Encik Muhammad Faaris Ameerjan, berhadap dapat mengumpul dana yang mencukupi bagi mengembangkan badan tersebut ke bahagian timur dan barat Singapura dengan menawarkan kelas agama kepada lebih ramai orang. - Foto JOHARI RAHMAT -
SELAMA tiga tahun, badan tidak meraih keuntungan Nur Insan menawarkan kelas agama percuma kepada masyarakat Islam di sini termasuk madrasah hujung minggu bagi kanak-kanak.
Namun, dengan permintaan lebih tinggi daripada masyarakat, presiden badan itu, Encik Muhammad Faaris Ameerjan, 27 tahun, berharap dapat mengumpul dana yang mencukupi bagi mengembangkan badan tersebut ke bahagian timur dan barat Singapura dengan menawarkan kelas agama kepada lebih ramai orang.

