Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Badan kemanusiaan gantung tugas pengarah eksekutif didakwa salah guna dana

Jan 18, 2023 | 5:30 AM
SEDIA HULUR BANTUAN: Dr Faishal (tengah) beramah dengan anggota pasukan respons awal SCDF di lapangan terbang Changi sebelum mereka berlepas. Turut bersama beliau ialah Pesuruhjaya SCDF, Komander Eric Yap (di kanan Dr Faishal), dan ketua kontinjen, LTC Lok Wee Keong (paling kanan). - Foto SCDF
SEDIA HULUR BANTUAN: Dr Faishal (tengah) beramah dengan anggota pasukan respons awal SCDF di lapangan terbang Changi sebelum mereka berlepas. Turut bersama beliau ialah Pesuruhjaya SCDF, Komander Eric Yap (di kanan Dr Faishal), dan ketua kontinjen, LTC Lok Wee Keong (paling kanan). - Foto SCDF -

PERTUBUHAN Kemanusiaan Bagi Ekonomi Buruh Hijrahan (HOME) telah menggantung tugas pengarah eksekutifnya, Cik Deshi Gill, susulan dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan dana daripada kumpulan pembela pekerja asing itu.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di saluran media sosialnya semalam, Home berkata Cik Gill digantung kerja supaya Home boleh menjalankan siasatan dalaman.

Siasatan awal menunjukkan terdapat asas untuk disyaki salah laku, tambah kumpulan itu.

Home berkata ia telah memaklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Ahli lembaga dan kakitangannya akan memberikan semua maklumat yang diperlukan sebagai sebahagian daripada sebarang penyiasatan yang mungkin dijalankan.

Kenyataan semalam dibuat selepas dakwaan dimuat naik dalam talian yang menuduh Cik Gill membuat tuntuan ribuan dolar daripada Home tanpa bukti dokumen perbelanjaan.

Dakwaan itu tidak berasas.

Home berkata ia sedang mengkaji kawalan tadbir urusnya untuk memastikan kesilapan yang sama tidak berlaku lagi.

"Kami setulus ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang awam dan penderma yang telah menyokong kami selama ini," tambah kumpulan itu.

Ia berkata:

"Komitmen Home untuk memajukan pekerja asing tetap tidak berbelah bahagi.

"Pada masa ini, semua operasi dan perkhidmatan kami terus berfungsi, dan kami akan terus berusaha meningkatkan kesejahteraan dan maruah pekerja asing di Singapura."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg