Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Badge Lady' bantah rakaman CCTV, dakwa tidak pasti wajahnya diedit

Feb 27, 2023 | 7:55 PM
Phoon Chiu Yoke, yang digelar 'Badge Lady' mahu dibicarakan dalam empat tuduhan, tiga daripadanya kerana gagal memakai pelitup apabila diwajibkan berbuat demikian. - Foto ST
Phoon Chiu Yoke, yang digelar 'Badge Lady' mahu dibicarakan dalam empat tuduhan, tiga daripadanya kerana gagal memakai pelitup apabila diwajibkan berbuat demikian. - Foto ST -

PHOON Chiu Yoke, yang sering digelar netizen sebagai 'Badge Lady' (Wanita Lencana), membantah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diterima sebagai bukti semasa perbicaraannya pada Isnin, mendakwa dia tidak pasti wajahnya diedit dan dimasukkan pada rakaman video itu. Phoon, 55 tahun, minta dibicarakan selepas dituduh tidak memakai pelitup di Orchard Road pada 6 Mac 2022. Dia mahu dibicarakan dalam empat tuduhan, tiga daripadanya kerana gagal memakai pelitup apabila diwajibkan berbuat demikian. Memakai pelitup tidak lagi diwajibkan di sini hanya mulai 29 Mac 2022. Hakim Daerah Tan Jen Tse mendapati selain pemotongan dan suntingan rakaman untuk mencipta video itu, video itu tidak diusik dan menyatakan mahkamah akan menerimanya sebagai bukti. "Isu tera air yang dibangkitkan tertuduh adalah tidak relevan... Rakaman ini tidak mempunyai tera air, tetapi ini tidak bermakna ia tidak boleh dipercayai," kata Hakim Tan. Beliau bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa tiada undang-undang atau keperluan bagi tera air disertakan dalam video untuk ia diterima sebagai bukti. Perbicaraan diteruskan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg