Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Badge Lady' hadapi tuduhan baru berkaitan kesalahan Covid-19

Sep 8, 2022 | 5:30 AM
TIDAK SERIK: Phoon Chiu Yoke pertama kali ditangkap kerana tidak memakain pelitup di MBS pada 15 Mei lalu. - Foto fail
TIDAK SERIK: Phoon Chiu Yoke pertama kali ditangkap kerana tidak memakain pelitup di MBS pada 15 Mei lalu. - Foto fail -

SEORANG wanita yang dijatuhi hukuman penjara 16 minggu tahun lalu kerana tidak memakai pelitup dalam beberapa kejadian di tempat awam, termasuk di resort bersepadu Marina Bay Sands (MBS), kembali ke mahkamah daerah semalam dan dikenakan tuduhan baru yang dikaitkan dengan pandemik Covid-19.

Phoon Chiu Yoke, 55 tahun, yang sering digelar netizen sebagai "Badge Lady" (Wanita Lencana), kini dituduh melakukan dua kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) dan satu kesalahan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

Kesnya ditangguhkan untuk sidang praperbicaraan pada 14 Oktober ini.

Menurut dokumen mahkamah, Phoon tidak memakai pelitup semasa berjalan di sepanjang Mandarin Gallery di Orchard Road dari 3.02 petang hingga 3.04 petang pada 6 Mac.

Memakai pelitup di luar rumah tidak diwajibkan hanya mulai 29 Mac.

Dia juga dituduh melakukan kesalahan serupa ketika berjalan melepasi kedai Victoria Secret yang berdekatan antara 3.35 petang dengan 3.37 petang pada hari itu.

Pada 31 Mac, dia dikatakan tidak hadir di Mahkamah Pelancongan Court di Lembaga Pelancongan Singapura (STB) di Orchard Spring Lane seperti yang dikehendaki oleh pegawai kesihatan yang sedang menjalankan siasatan ketika itu.

Butiran mengenai siasatan khusus ini tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.

Apabila Hakim Daerah Lorraine Ho bertanya Phoon apakah dia diwakili seorang peguam, dia menjawab: "Saya mungkin mewakili diri sendiri.''

Dalam prosiding tahun lepas, mahkamah diberitahu bahawa dia menyertai Tentera Laut Republik Singapura (RSAF) pada 1990 dan memegang pangkat major sebelum bersara pada 2002.

Phoon pertama kali dirakam dalam video tidak memakai pelitup di MBS pada 15 Mei tahun lalu.

Klip itu, yang kemudian tular, menunjukkan dia memberitahu pegawai jarak selamat: "Siapa anda? Siapa yang anda wakili? Mana lencana anda? Tunjukkan lencana anda."

Phoon meninggalkan MBS tanpa memakai pelitup petang itu.

Dia dihadapkan ke mahkamah akhir bulan itu dan dikenakan lima tuduhan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara).

Selepas dia didakwa tahun lalu bagi kesalahannya yang terdahulu, Phoon berjalan keluar dari bangunan mahkamah, menanggalkan pelitupnya di hadapan anggota media dan tersenyum.

Pada 25 Jun tahun lalu, Phoon diikat jamin apabila dia sekali lagi gagal memakai pelitup, kali ini di Hotel Mandarin Orchard Singapore.

Seorang pegawai keselamatan memaklumkan polis tentang telatahnya. Sebulan kemudian, dia didakwa bagi kejadian tersebut. Ikat jaminnya dibatalkan dan dia ditahan.

Phoon telah selesai menjalani hukuman penjara sebelum ini.

Pesalah kali pertama yang melanggar undang-undang di bawah Akta Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $10,000.

Pesalah berulang boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $20,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg