Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Badge Lady tarik balik permohonan untuk ke Hong Kong, China

Sep 13, 2022 | 5:30 AM
TARIK BALIK PERMINTAAN UNTUK KELUAR NEGARA: Phoon Chiu Yoke ke mahkamah semalam apabila permohonannya dibantah oleh mahkamah. - Foto BH oleh KELVIN CHNG
TARIK BALIK PERMINTAAN UNTUK KELUAR NEGARA: Phoon Chiu Yoke ke mahkamah semalam apabila permohonannya dibantah oleh mahkamah. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -

PHOON Chiu Yoke, 55 tahun, yang sering digelar netizen sebagai "Badge Lady" (Wanita Lencana) telah menarik balik permintaan untuk dibenarkan ke Hong Kong dan China selepas pihak pendakwaraya membantah permohonannya di mahkamah semalam.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Cik Jane Lim dan Cik Heershan Kaur berkata terdapat risiko bahawa Phoon, 55 tahun, tidak akan kembali bagi perbicaraan dan jadual perjalanan yang telah diserahkan mempunyai jurang aturan.

Phoon, dipenjara 16 minggu tahun lalu selepas gagal memakai pelitup di tempat awam termasuk di Marina Bay Sands (MBS).

Dia kembali ke mahkamah 7 September lalu dan diberi tiga lagi tuduhan kerana melanggar peraturan Covid-19.

Dalam kes terbaru, Phoon didakwa gagal memakai pelitup semasa berjalan di sepanjang Orchard Road pada Mac tahun ini serta gagal hadir bagi siasatan susulan.

Membantah permintaan Phoon untuk keluar negara, pihak pendakwa berkata terdapat kemungkinan Phoon tidak kembali ke Singapura kerana dia kini tidak bekerja dan tidak memiliki sebarang hartanah.

DPP Lim berkata bahawa Phoon tinggal di apartmen sewa seorang diri dan walaupun dia mempunyai anggota keluarga termasuk ibu bapa dan abang di sini, Phoon tidak tinggal bersama mereka.

"Phoon juga tidak mempunyai keperluan mendesak untuk melancong kerana dia telah menyatakan ia hanya untuk riadah," kata DPP Lim.

DPP Lim juga menambah bahawa Phoon mungkin perlu menjalani kuarantin apabila dia ke destinasi yang dikehendaki tetapi dia tidak menyediakan permit yang diperlukan untuk memasuki China.

Hakim Daerah Cik Lorraine Ho turut berkata bahawa bukan peranan mahkamah untuk memaklumkan kepada kepada Phoon tentang sekatan Covid-19 di luar negara, tetapi berkata bahawa beliau perlu menimbangkan sama ada Phoon akan menghadapi sebarang kesukaran untuk menuju ke destinasi.

Phoon, yang tidak diwakili, berkata dia sudah membuat semua pemeriksaan yang diperlukan bagi perjalanannya dan pasti dia tidak perlu menjalani sebarang kuarantin selagi divaksinasi dan diuji negatif bagi Covid-19.

Dia juga berkata dia tidak mempunyai risiko untuk tidak kembali dan menegaskan dia mempunyai "reputasi kedudukan yang baik sebagai bekas pegawai tentera".

Dia juga menambah bahawa siasatan bagi tuduhan terbaru belum dimulakan.

Phoon juga menyatakan bahawa dia mahu melakukan perjalanan untuk riadah dan perniagaan, tetapi jadual perjalanannya tidak relevan dengan prosiding mahkamah.

Hakim Ho berkata:

"Permohonan anda untuk kedua-dua negara adalah untuk riadah dan tidak ada sebarang kenyataan bahawa anda akan ke sana untuk perniagaan."

Beliau menambah: "Mahkamah perlu tahu sebab dan tujuan sebenar perjalanan anda dan saya telah meminta anda memberi butir-butir yang diperlukan dalam pendengaran terakhir, tetapi saya tidak mempunyai dokumen-dokumen anda yang lengkap."

Hakim Ho menyarankan Phoon failkan satu lagi permohonan apabila jadual perjalanan sudah lengkap dan Phoon bersetuju dan menarik balik permintaannya.

Apabila ditanya pihak pendakwa, Phoon menambah bahawa dia berhasrat mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukan.

Phoon akan kembali ke mahkamah pada 14 Oktober.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg