Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bahagian pertama Laluan Keliling Pulau dibuka dari Seletar ke Labrador

Jan 22, 2022 | 5:10 PM
Bahagian pertama laluan timur RIR termasuk jambatan di Sengkang di Sengkang Riverside Park.
Bahagian pertama laluan timur RIR termasuk jambatan di Sengkang di Sengkang Riverside Park. - NParks

Bahagian pertama Laluan Keliling Pulau (RIR) telah dibuka pada Sabtu (22 Jan) dari timur laut hingga ke selatan Singapura.

Penunggang basikal dan pejalan kaki kini boleh beriadah sambil menikmati keindahan alam semula jadi di laluan sepanjang 75 kilometer itu, yang bermula dari Rower's Bay Park di Seletar, sepanjang Sungai Singapura, dan berakhir di Berlayer Creek, berhampiran Hutan Simpan Labrador.

Dengan terbinanya RIR menjelang 2035 kelak, ia akan menjadi laluan riadah terpanjang yang berhubung di seluruh pulau.

Ini adalah pelan seluruh Lembaga Taman Negara (NParks) untuk melaksanakan rangkaian laluan rekreasi sepanjang 360 kilometer menjelang 2035.

Pembukaan bahagian pertama RIR semalam dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat bersama Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah dan Penasihat GRC East Coast, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman, dengan menanam dua pokok di Changi Bay Point - salah satu laluan baru sepanjang RIR.

"Laluan Keliling Pulau ini adalah sebahagian daripada usaha kami yang lebih luas untuk mengubah Singapura menjadi Bandar dalam Alam Semula Jadi di bawah Pelan Singapura Menghijau 2030.

"Menjelang 2030, setiap isi rumah akan berada dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari sebuah taman," kata Encik Heng yang harap penduduk Singapura menikmati laluan baru RIR ini.

Laluan baru lain yang ditambah adalah di Sengkang Riverside Park dan Jalan Kayu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg