Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bahang temasya kian terasa

Feb 23, 2019 | 4:50 PM
BERI SOKONGAN: Puan Halimah bercakap dengan beberapa atlit Team Singapore yang bersemangat beraksi di Sukan Olimpik Khas Musim Panas Sedunia yang akan bermula pada 14 Mac.
BERI SOKONGAN: Puan Halimah bercakap dengan beberapa atlit Team Singapore yang bersemangat beraksi di Sukan Olimpik Khas Musim Panas Sedunia yang akan bermula pada 14 Mac. - Foto FACEBOOK/HALIMAH YACOB

BAHANG persaingan kian terasa apabila sekitar 30 atlit Team Singapore yang bakal beraksi di Sukan Olimpik Khas Musim Panas Sedunia tahun ini berkumpul di majlis mengucapkan selamat jalan di Safra Toa Payoh pagi tadi (23 Februari).

Upacara penuh makna itu sekali gus menandakan debaran menantikan temasya sukan yang bakal berlangsung di Abu Dhabi itu semakin dekat.

Majlis turut dihadiri Presiden Halimah Yacob; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu; serta Duta Amiriah Arab Bersatu (UAE) ke Singapura, Dr Mohammed Omar Abdalla Balfaqeeh.

Sukan Olimpik Khas Musim Panas Sedunia tahun ini akan diadakan dari 14 hingga 21 Mac.

Kontinjen Team Singapore di acara itu, yang turut diwakili 13 pegawai dan jurulatih, akan bertanding dalam enam sukan termasuk atletik, badminton, bocce, bowling, renang dan bola keranjang.

Memuat naik beberapa gambar di laman Facebook beliau, Puan Halimah memberi ucapan selamat kepada kontinjen Team Singapore itu.

"Sukan mempunyai keupayaan untuk mempertingkat kehidupan dan memupuk kemahiran hidup penting seperti kerja berpasukan dan daya tahan.

"Olimpik Khas Singapura telah memberi peluang kepada individu dengan ketidakupayaan intelektual untuk menikmati sukan, meningkatkan kesihatan fizikal dan menjalin persahabatan," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg