Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bahas 4PM: Institusi Raffles juara julung kali, Politeknik S'pura naib juara

Aug 14, 2021 | 7:56 PM
uara Bahas 4PM 2021 bagi kategori pos menengah, yang terdiri daripada (barisan bawah, dari kiri) Nyx Audrey Angelo Iskandar, Naufal Aiman Jasni, Eshvinjeet Kaur Jandey Gurujeet Singh dan Nurul Huda Husein, bergambar bersama (barisan atas, dari kiri) Cik Rahayu, Duta Tidak Bermastautin Singapura ke Penguasa Palestin dan Ghana, Encik Hawazi Daipi dan Presiden 4PM Encik Nassar Mohamad Zain di peringkat akhir Bahas 4PM yang diadakan secara maya pada Sabtu.
uara Bahas 4PM 2021 bagi kategori pos menengah, yang terdiri daripada (barisan bawah, dari kiri) Nyx Audrey Angelo Iskandar, Naufal Aiman Jasni, Eshvinjeet Kaur Jandey Gurujeet Singh dan Nurul Huda Husein, bergambar bersama (barisan atas, dari kiri) Cik Rahayu, Duta Tidak Bermastautin Singapura ke Penguasa Palestin dan Ghana, Encik Hawazi Daipi dan Presiden 4PM Encik Nassar Mohamad Zain di peringkat akhir Bahas 4PM yang diadakan secara maya pada Sabtu. - 4PM

Institusi Raffles (RI) telah menewaskan Politeknik Singapura (SP) untuk menjulang kejuaraan sulungnya dalam Bahas Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) 2021 bagi kategori pos menengah.

Acara itu dianjurkan buat julung-julung kalinya secara maya di tengah-tengah sekatan Covid-19, pada Sabtu (14 Ogos).

Kemenangan petang tadi merupakan kejuaraan pertama buat RI dalam sejarah 27 tahun Bahas 4PM dianjurkan, setelah sekolah itu berjaya melangkah ke peringkat akhir, buat pertama kali dalam lebih sedekad.

Peserta RI merupakan penyanggah mauduk "Industri 4.0 memperkasa kemanusiaan" dalam peringkat akhir pertandingan bahas peringkat pos menengah itu.

Acara tersebut telah dihadiri tamu terhormat, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.

Edisi pertandingan bahas kali ini disertai lapan pasukan mewakili tujuh sekolah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg