APABILA ejen hartanah dan penyanyi-penulis lagu, Sarah Cheng-De Winne, 35 tahun, mengongsi keputusan peperiksaan peringkat 'O' di media sosial pada 12 Januari lalu, beliau tidak menyangka kritikan yang diterima.
Video itu menunjuk beliau mengikuti anak perempuannya di sekolah untuk menerima keputusannya.
Cheng-De Winne kemudian memberikan kaunseling kepada anak perempuannya yang sedang menangis: "Kita tidak boleh mengubah hasilnya tetapi kita perlu mencerminkan prosesnya dan memperbaiki proses-proses pada masa akan datang dengan lebih baik."
Video itu menjadi tular di TikTok.
Meski ada mesej yang memberi galakan kepada remaja perempuan itu, ada netizen dan video yang memberi reaksi menyatakan Cheng-De Winne tidak seharusnya merakamkan anak perempuannya dalam keadaan sedemikian.
Insiden itu memberikan gambaran terhadap 'sharenting' di mana ibu bapa merakamkan saat-saat berharga melalui media sosial.
Frasa 'oversharenting' - perkongsian berlebihan oleh ibu bapa - telah digunakan oleh kolumnis Wall Street Journal pada 2012.
Sedekad kemudian, perkataan 'sharenting' kini telah dimasukkan ke dalam Kamus Oxford pada 2022.
Ibu bapa yang membesar dengan media sosial selalunya mengambil kesempatan.
Namun, pakar memberi amaran bahawa 'sharenting' mempunyai pelbagai bahaya bagi kanak-kanak termasuk pembulian siber, gangguan dan pencurian siber.
Pada 2018, Barclays Bank meramalkan bahawa 'sharenting' akan merangkumi dua pertiga penipuan identiti yang dihadapi anak muda menjelang 2030.
Cheng-De Winne berkata video yang dikongsinya itu diharapkan dapat membantu ibu bapa yang tidak tahu bagaimana menyokong kanak-kanak menerusi kekecewaan dan menggalak belia lain bahawa masih ada harapan tidak kira keputusan peringkat 'O' mereka.
Dalam jawapan e-mel kepada akhbar The Straits Times (ST), Cheng-De Winne berkata terhadap komen negatif.
"Anak perempuan saya sudah dewasa untuk melahirkan pandangannya mengenai kandungan yang kita lakukan.
"Jika saya tidak menghormatinya tetapi memilih untuk terus-menerus mengendahkan perasaannya, saya tidak rasa kami akan mempunyai hubungan yang cukup rapat."
Pempengaruh, Cik Diah Mastura Roslan, 41 tahun, yang menulis blog semasa zaman remajanya, mendapati dirinya menulis tentang lima anaknya berusia antara tiga dengan 16 tahun sebagai satu lanjutan kepada tulisan yang telah dilakukannya sebelum ini.
"Sharenting merupakan cara yang baik untuk menyimpan memori dan mengimbasnya kembali di kemudian hari kerana anak-anak membesar dengan cepat," kata Cik Diah menerusi e-mel kepada ST.
Namun, terdapat seorang pengikutnya yang cuba pelbagai cara untuk menghubungi tiga anak perempuannya daripada mereka di prasekolah sehingga ke peringkat remaja.
"Ia menjadi lebih teruk dan ia menjadi satu kes polis," katanya.
Hari ini, beliau tidak lagi memuat naik pos mengenai anak remajanya kerana "mereka tidak suka diketengahkan" dan mendapatkan persetujuan anak-anaknya sebelum memuat naik di media sosial.
Encik Shem Yao, ketua keibubapaan di Khidmat Masyarakat Touch, berkata:
"Dengan sharenting, aspek peribadi dan persetujuan tidak begitu jelas kerana kanak-kanak tidak dapat membuat keputusan sedar dan berdikari semasa membuat perkongsian itu.
"Adalah lebih penting jika ibu bapa melengkapi anak mereka dengan kemahiran dan keupayaan untuk memproses dan menangani kemungkinan sebarang potensi yang boleh timbul pada masa depan akibat sharenting."
"Dengan sharenting, aspek peribadi dan persetujuan tidak begitu jelas kerana kanak-kanak tidak dapat membuat keputusan sedar dan berdikari semasa membuat perkongsian itu.
Adalah lebih penting jika ibu bapa melengkapi anak mereka dengan kemahiran dan keupayaan untuk memproses dan menangani kemungkinan sebarang potensi yang boleh timbul pada masa depan akibat sharenting."
- Encik Shem Yao, ketua keibubapaan di Khidmat Masyarakat Touch.
CARA LINDUNGI ANAK APABILA BERKONGSI DALAM TALIAN
1. Melapiskan Maklumat
"Bergantung pada 'setting' peribadi di mana anda mengongsi maklumat itu, anda boleh meniadakan beberapa maklumat penting yang boleh menjadikannya lebih mudah untuk orang lain kenali," kata Encik Shem Yao, ketua keibubapaan di Khidmat Masyarakat Touch.
2. Lambatkan proses melakukan pos
Sarah Cheng-De Winne, ejen hartanah dan penyanyi-penulis lagu, tidak memuat naik pos vlog tepat pada masanya untuk melindungi anak-anaknya.
Beliau juga telah mengajar mereka agar tidak mendedahkan alamat apabila ditanya dalam ruangan 'live-stream' atau rakaman secara langsung mahupun di dalam komen.
3. Berhati-hati dengan apa yang dipos
"Usah memalukan mereka di dalam talian. Ia mungkin lucu bagi anda tetapi penting untuk menghormati mereka," kata pempengaruh, Cik Diah Mastura Roslan.
4. Adakah anak anda akan menyukainya apabila mereka dewasa kelak?
Ini kerana setiap yang dimuat naik di dalam talian akan disimpan di dalam alam maya. Gambar yang memalukan itu mungkin sesuatu yang anak anda tidak ingin bakal majikannya melihat di masa hadapan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg