Bahren Shaari dilantik anggota Majlis Penasihat Presiden

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bahren Shaari dilantik anggota Majlis Penasihat Presiden

Apr 6, 2017 | 4:01 PM

Bahren Shaari dilantik anggota Majlis Penasihat Presiden

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PELANTIKAN NEGARA: Empat anggota baru Majlis Penasihat Presiden (dari kiri): Encik Lim Chee Onn, Encik Stephen Lee Ching Yen, Encik Bahren Shaari dan Encik Chua Thian Poh. - Foto NTU, ST FILE, BANK OF SINGAPORE, THE STRAITS TIMES
PELANTIKAN NEGARA: Empat anggota baru Majlis Penasihat Presiden (dari kiri): Encik Lim Chee Onn, Encik Stephen Lee Ching Yen, Encik Bahren Shaari dan Encik Chua Thian Poh. - Foto NTU, ST FILE, BANK OF SINGAPORE, THE STRAITS TIMES -

KETUA Eksekutif Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari, merupakan diantara empat karyawan mapan yang dilantik menganggotai Majlis Penasihat Presiden (CPA).

Menerusi pelantikan ini, Presiden Dr Tony Tan Keng Yam, telah melantik dua anggota penuh dan dua anggota pengganti.

Mantan pengerusi Keppel Corp, Encik Lim Chee Onn, dan mantan pengerusi Singapore Airlines, Encik Stephen Lee, yang kedua-duanya merupakan anggota pengganti CPA sebelum ini, telah dilantik sebagai anggota penuh majlis.

Demikian dinyatakan Pejabat Presiden dalam kenyataannya hari ini.

Dua anggota pengganti baru telah dilantik. Mereka terdiri daripada Encik Bahren dan Ketua Pegawai Eksekutif Ho Bee Land, Encik Chua Thian Poh.

Encik Lim, Encik Lee dan Encik Chua telah mengangkat sumpah di Istana hari ini, sedang Encik Bahren akan mengangkat sumpah pada Khamis depan.

Tempoh mereka bermula 1 April ini.

Mantan Pengerusi Singapore Exchange, Encik J.Y. Pillai merupakan pengerusi CPA sekarang ini.

Anggota lain CPA terdiri daripada mantan menteri Kabinet, Encik S Dhanabalan; mantan rakan pengurus firma perakaunan Deloitte & Touche, Encik Po'ad Bin Shaik Abu Bakar Mattar; mantan hakim Mahkamah Tinggi, Encik Goh Joon Seng; pengerusi FairPrice, Encik Bobby Chin; dan pengerusi Esplanade, Encik Lee Tzu Yang.

CPA menasihat Presiden dalam tugasnya melaksanakan kuasa pelindung dan kuasa budi bicara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg