Topik diikuti
Pergi ke BHkuBakal pengantin lega Lagun Sari sedia serap kerugian
Bakal pengantin lega Lagun Sari sedia serap kerugian
Bakal pengantin lega Lagun Sari sedia serap kerugian
BH Sabtu 27082016 -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 31, 2016 | 5:30 AM
SEJAK kes penipuan yang dipercayai dilakukan bekas kakitangan syarikat Lagun Sari Wedding & Catering Pte Ltd, Encik Sunato Zaidi, mendapat perhatian ramai, Encik Nur Ahmad Mohammed Eusope mengaku amat sukar melelapkan mata.
Masakan tidak, pegawai gudang berusia 28 tahun itu resah memikirkan nasibnya memandangkan beliau sudah pun selesai membayar sepenuhnya pakej perkahwinan bernilai hampir $11,000 mengikut perjanjian dengan Encik Sunato bagi majlis yang dijadualkan pada 1 Januari tahun depan.