Topic followed successfully
Go to BHkuBakat baru dan bekas peserta Teater Pelajar jayakan pementasan 'Hujan Batu'
Premium
Bakat baru dan bekas peserta Teater Pelajar jayakan pementasan 'Hujan Batu'
Sep 14, 2015 | 10:46 AM
Bakat baru dan bekas peserta Teater Pelajar jayakan pementasan 'Hujan Batu'

PENGGERAK TEATER PELAJAR: Teater Pelajar yang akan menyajikan pementasan khas Hujan Batu pada Sabtu ini memberi kesempatan kepada dua pelajar Sekolah Menengah Regent, (di depan, dari kiri) Zikry Aufa Amir Khaled dan Erfan Ameerudy Ramlee, bertindak sebagai pengarah dan penolong pengarah. - Foto M.O. SALLEH -
SEBELUM ini, bakat lakonan si cilik dan remaja hanya dicungkil menerusi wadah pertandingan Teater Pelajar yang diadakan saban tahun oleh Kelab Rangkaian Remaja (T-Net) Marine Parade, Persatuan Rakyat (PA), sempena sambutan Bulan Bahasa.
Bagaimanapun, masuk tahun kelima ia diadakan, jenama Teater Pelajar kini bergerak aktif dengan pembentukan sebuah alumni bekas peserta peraduan.
