Topic followed successfully
Go to BHkuBandar tepi pantai Asia Tenggara sedang tenggelam paling cepat: Kajian
Bandar tepi pantai Asia Tenggara sedang tenggelam paling cepat: Kajian
Bandar tepi pantai Asia Tenggara sedang tenggelam paling cepat: Kajian
BANDAR tepi pantai di Asia Tenggara mempunyai kadar tenggelam paling cepat di dunia.
Ini boleh meningkatkan kesan - seperti banjir besar - kenaikan paras laut, menurut satu kajian baru-baru ini.
Paras air laut sedang meningkat di seluruh dunia sedang ais terapung di perairan cair akibat kepanasan.
Tanah yang tenggelam boleh memburukkan masalah itu, menurut dapatan sekumpulan saintis antarabangsa yang diketuai Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Seorang pelajar falsafah kedoktoran (PhD) Sekolah Alam Sekitar Asia NTU dan Observatori Bumi Singapura, Cik Cheryl Tay, menyatakan banyak bandar tepi pantai di Asia kini pesat dengan perbandaran bercampur.
Ini mendorong permintaan pengeluaran air bawah tanah untuk memenuhi keperluan air yang kian meningkat.
Ia kemudian menyebabkan tanah tenggelam lebih cepat, kata Cik Tay.
Imej satelit yang menunjukkan 48 bandar tepi pantai di seluruh dunia telah diproses dari 2014 hingga 2020. Ia menunjukkan kecepatan median penenggelaman ialah 16.2 milimeter (mm) setahun.
Ada beberapa bandar mengalami penenggelaman tanah pada kadar 43mm setahun, dan kejadian ini mungkin berbeza pada kawasan kejiranan, tambah Cik Tay.
Purata kenaikan paras laut secara global pada masa ini ialah 3.7mm setahun.
Dapatan itu diterbit dalam jurnal saintifik Nature Sustainability bulan ini.
Di Singapura, paras laut secara purata meningkat 3 hingga 4mm setahun, menurut Perkhidmatan Meteorologi Singapura pada 2020.
Ia juga menunjukkan paras laut di sini meningkat sebanyak 14 sentimeter sejak pra-1970.
Unjuran iklim menunjukkan purata paras laut di sekitar Singapura meningkat hingga satu meter menjelang 2100. Ini boleh meningkat hingga empat atau lima meter jika kesan lain, seperti lonjakan ribut (kenaikan air tidak normal daripada ribut) - berlaku dua hingga empat kali setahun - diambil kira.
Perbandingan yang dijalankan di bandar tepi pantai di seluruh dunia oleh penyelidik menunjukkan kelajuan terpantas penenggelaman tanah di Asia, terutamanya di Asia Tenggara.

