Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Banduan hasrat buru ijazah sarjana muda di penjara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banduan hasrat buru ijazah sarjana muda di penjara

Feb 23, 2024 | 06:59 PM



Di antara 10,899 pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘A’ pada 23 Februari dengan penuh debaran ialah seorang bekas pengedar dadah, ‘Adam’ (bukan nama sebenar) 43 tahun.

Dia menduduki peperiksaan itu di Sekolah Penjara Tanah Merah sementara jalani hukuman penjara kali ketiga.







Seramai 11 banduan menduduki peperiksaan GCE peringkat ‘A’ pada 2023, dan lapan daripada mereka layak mara dan memohon ke program Sarjana Muda di Universiti swasta atau Universiti awam.

Setiap tahun, lebih 300 banduan mengikuti program akademik yang dikendalikan sekolah Penjara Tanah Merah untuk meningkatkan pengajian mereka, selain memperkasa mereka dengan ilmu, demi membantu memudahkan mereka kembali ke pangkuan masyarakat apabila dibebaskan kelak.

Berita Harian (BH) dapat menyaksikan detik yang bakal mengubah hidup Adam apabila dia menerima keputusannya dari Superintenden Penjara Tanah Merah, Encik Luke Leong, di perpustakaan Institusi Tanah Merah 1 yang dihadiri penuntut lain, pegawai penjara, guru-guru dan pihak media.


Adam berjaya dalam kesemua lima mata pelajaran yang diambilnya, dan seakan tidak percaya dengan keputusan di dalam tangannya itu.

“Saya sangka saya akan lulus dalam dua mata pelajaran saja, jadi saya memang benar-benar terkejut apabila dapat tahu saya lulus dalam kesemua mata pelajaran yang saya ambil,” ujar Adam yang pertama kali dipenjarakan pada 1988 atas kesalahan pecah rumah.

Adam kini menjalani hukuman penjara 21 tahun dan satu bulan sejak hukuman dijatuhkan pada 2014, atas kesalahan mengedar dan salah guna dadah.

Sebelum itu, Adam pernah bekerja sebagai Penolong Pengurus dalam industri makanan dan minuman (F&B), dan pernah berumah tangga dan mempunyai dua anak. Namun setelah perkahwinannya gagal, dia semakin terjebak dengan dadah hingga ditangkap pada usia 32 tahun.

“Saya ingin mengubah hidup saya. Dulu belajar susah, sekarang saya rasakan ia lebih mudah. Mungkin sebab tidak ada sebarang gangguan di sini. Saya boleh fokus pada pelajaran dan saya sudah pun pandang satu langkah ke hadapan.

“Saya ingin sambung pelajaran di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) selepas ini dalam bidang Pemasaran dan Rantaian Bekalan,” kata Adam tentang rancangan masa depannya.

Universiti itu menawarkan program sarjana muda sejak Julai 2020 untuk pelajar yang telah meraih Diploma di penjara. Pada 2021, peluang ini dibuka kepada semua banduan yang layak masuk ke program yang disediakan.

Cik Kelly Wang, 52 tahun, seorang guru mata pelajaran Ekonomi, berkata beliau sangat berbangga dengan kejayaan Adam kerana faham kesukaran pelajar sepertinya yang belajar dalam keadaan sulit.

“Tidak seperti pelajar lain, mereka (banduan) hanya berjumpa dengan saya seminggu sekali dan jika ada soalan, terpaksa berkomunikasi melalui tulisan dalam nota. Mereka juga tidak dapat menggunakan Internet atau mencari sumber lain untuk belajar. Selepas sekolah, mereka belajar dalam sel penjara dengan hanya kotak plastik sebagai meja,” kata Cik Wang.

Menurutnya, Adam seorang pelajar baik dan berdedikasi.

Bagi Adam, dia hanya mahu memandang ke hadapan dan fokus membuat rancangan untuk mengorak hidup baru setelah dibebaskan pada 2026 kelak.

“Sekarang saya harus fikir apa yang saya boleh buat setelah keluar dari penjara. Saya tidak mahu pelajaran saya terkandas, saya juga harus buktikan kepada masyarakat saya mampu ubah hidup saya,” kata Adam.

Daripada 10,899 calon yang menduduki peperiksaan GCE peringkat ‘A’ pada 2023, 10,238 (93.9%) mencapai sekurang-kurangnya tiga kelulusan subjek H2, dengan kelulusan Kertas Am (GP) atau Pengetahuan dan Siasatan (KI), setanding dengan prestasi calon yang mengambilnya pada tahun-tahun sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >