Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Banduan lepas daripada 55 tuduhan tuntutan palsu

May 19, 2023 | 5:30 AM
DILEPASKAN DARIPADA BAKI TUDUHAN: S. Chandran sebelum ini didapati bersalah atas tiga pertuduhan membantu tiga orang membuat tuntutan palsu di bawah skim Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC). Dia baru-baru ini dilepaskan daripada 55 baki pertuduhan.
DILEPASKAN DARIPADA BAKI TUDUHAN: S. Chandran sebelum ini didapati bersalah atas tiga pertuduhan membantu tiga orang membuat tuntutan palsu di bawah skim Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC). Dia baru-baru ini dilepaskan daripada 55 baki pertuduhan. -

KESEMUA 55 daripada baki pertuduhan melibatkan dalang satu muslihat berkaitan kes tuntutan palsu dana awam sebanyak $73,818, telah ditarik balik menyusuli persidangan sebelum perbicaraan pada 9 Mei lalu.

Jurulatih IT yang kemudian menjadi ahli silap mata, S. Chandran, 55 tahun, yang kini dipenjarakan selepas disabitkan pada 2020 atas tiga pertuduhan di bawah Akta Cukai Pendapatan, telah dilepaskan daripada 55 pertuduhan itu.

Ini bermakna dia tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama.

Tanpa mendedahkan butiran, Pejabat Peguam Negara memberitahu The Straits Times pada Khamis bahawa pihak pendakwaan telah memohon agar baki pertuduhannya ditarik balik.

Hakim Daerah Ng Cheng Thiam kemudian meluluskan permohonan itu.

Chandran didapati bersalah pada Julai 2020 atas tiga pertuduhan membantu tiga orang membuat tuntutan palsu di bawah skim Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC).

Dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun pada Mac 2021 dan diperintahkan membayar denda $295,272. Kegagalan membayar jumlah itu bermakna dia perlu menghabiskan tambahan 30 minggu di penjara.

Dia merayu terhadap sabitan dan hukumannya pada Mac 2022. Rayuannya terhadap sabitan kesalahan tidak berjaya, tetapi hukuman penjaranya dikurangkan kepada 28 bulan.

Denda sebanyak $295,272 dan syarat sedia ada kekal tidak berubah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg