Ketika Encik Nasharudin Supa’at, 54 tahun, memulakan tugasnya sebagai operator loji di kilang AirBaru yang dilancarkan di Bedok pada 2003, teknologi AirBaru baru diperkenalkan.
Pada mulanya, rasa ragu terselit di hatinya kerana teknologi itu belum dikenali ramai ketika itu.
Namun, lama-kelamaan beliau mendapati tanggungjawabnya di kilang AirBaru Bedok (BNF), seperti menjalankan ujian makmal untuk memantau mutu air, sesuatu yang bermakna dan beliau sering berkongsi cerita dengan keluarganya.
Mengimbas kembali pengalaman itu, Encik Nasharudin, yang kini menyandang peranan sebagai Timbalan Pengurus Besar di loji pembersihan air Chestnut Avenue Waterworks – sebuah kemudahan yang turut dimiliki oleh agensi air negara (PUB) – melahirkan rasa bangga menjadi salah seorang pengendali perintis bagi AirBaru di Singapura.
“Saya mengambil tanggungjawab sebagai seorang operator loji disebabkan kilang serta teknologi baru dan canggih pada masa itu,” kata beliau.
Minat dalam bidang kejuruteraan tercetus semasa Encik Nasharudin mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Singapura.
Pada 1994, beliau menyertai PUB.
“Pada saya, ia merupakan satu peluang yang berharga untuk saya teroka dan pelajari lebih lanjut tentang teknologi baru dan pecah tanah ini,” kata Encik Nasharudin.
Pada masa itu, tanggungjawab beliau ialah memastikan operasi harian berjalan lancar di BNF dan para pelanggan dapat menerima bekalan AirBaru yang berterusan.
Beliau juga bertanggungjawab terhadap tahap produksi kebersihan, sekali gus menentukan mutu air.
“Sebahagian besar daripada tugasan saya adalah untuk menyelia dan memantau operasi kilang dari bilik kawalan,” kata Encik Nasharudin.
Air diproses dari kawasan AirBaru terutamanya digunakan untuk pendingin angin di kilang dan bangunan di estet perindustrian dan bangunan komersial.
Semasa musim kering, AirBaru ditambah ke dalam takungan Singapura untuk menambah bekalan air boleh diminum Singapura.
Air tersebut kemudiannya dirawat sebelum dibekalkan untuk kegunaan domestik.
Idea untuk menggunakan semula air yang telah dirawat bagi menambah bekalan air sedia ada pada mulanya dipertimbangkan oleh PUB seawal 1970-an.
Pelan Induk Air pertama, yang digubal pada 1972, menggariskan strategi Singapura untuk mendapatkan bekalan air yang mencukupi daripada sumber tempatan dan meneroka pilihan alternatif seperti penambakan air dan penyahgaraman.
Selepas kualiti daripada teknologi rawatan air disahkan bertambah baik dan kos pengeluaran turut turun sejak 1970-an, sebuah prototaip kilang demonstrasi AirBaru di kilang penambakan air Bedok dibuka pada Mei 2000.
Sebelum pembukaannya pada 2002, AirBaru menjalani ujian ketat supaya ia memenuhi piawaian air minuman antarabangsa yang paling ketat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.
“Saya mengambil pekerjaan di BNF disebabkan teknologi baru dan canggih pada masa itu.
“Saya mengambil ini sebagai satu peluang berharga untuk meneroka dan mempelajari lebih lanjut tentang teknologi baru,” kata Encik Nasharudin.
Kini ia tinggal kenangan manis dengan penutupan kilang itu pada 31 Julai.
Kilang Bedok itu, yang dahulu berkhidmat sebagai satu wadah pendidikan orang ramai tentang pertahanan perairan Singapura kepada lebih daripada 1.7 juta orang, bakal digalas dengan kilang ketiga AirBaru di Loji Pemulihgunaan Air Changi (CWRP) menjelang 2026.
“
“Saya mengambil pekerjaan di BNF (kilang AirBaru Bedok) disebabkan teknologi baru dan canggih pada masa itu. Saya mengambil ini sebagai satu peluang berharga untuk meneroka dan mempelajari lebih lanjut tentang teknologi baru.”

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg