Bangkit daripada rendah diri, pelajar ITE langkah ke NUS
Premium
Bangkit daripada rendah diri, pelajar ITE langkah ke NUS
May 14, 2018 | 5:30 AM
TERIMA PINGAT TAY ENG SOON: Cik Nur Anis Fitri Rajuddin, yang mula menuntut di ITE dan kemudian Politeknik Republic, bakal memilih kursus perniagaan di Universiti Nasional Singapura (NUS). - Foto ihsan NUR ANIS FITRI RAJUDDIN -
SEMASA di tahun pertama Politeknik Republic, Cik Nur Anis Fitri Rajuddin, masih ingat lagi saat beliau perlu memberi penyampaian di depan kelas.
Sebagai bekas pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Cik Nur Anis berasa dirinya begitu kerdil berbanding teman-teman sedarjahnya yang lain yang lebih yakin dalam penyampaian dan lebih petah ketika berbual.

