Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bangunan baru Madrasah Al-Arabiah dirasmi

Nov 27, 2021 | 6:50 PM
Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

BANGUNAN baru lima tingkat Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) yang menawarkan kemudahan dan prasarana terkini bagi melengkapi kurikulum berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), dilancarkan secara rasmi pada Sabtu (27 November).

Kampus baru di Lorong 6 Toa Payoh itu berdiri bersebelahan bangunan lamanya yang kini sudah dirobohkan.

Kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut dimulakan pada 2018.

Ia selesai dibina pada Disember 2019 dan telah membuka pintunya kepada pelajar dan guru-guru pada Januari tahun lalu.

Bangunan baru itu dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu acara di madrasah itu sebentar tadi.

Turut hadir semasa acara tersebut ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh Encik Saktiandi Supaat.

Projek tersebut telah mengambil masa sekitar 20 bulan untuk dibina dan menelan belanja $17.5 juta yang dibiayai melalui sokongan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan sumbangan masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg