Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bangunan JTC, 3 bangunan berdekatan didapati selamat

Aug 24, 2021 | 5:30 AM
RUNTUH: Bangunan JTC Corporation di 3013 Taman Perindustrian Bedok E runtuh bahagian atap kelmarin. Tiada yang cedera. - Foto BH oleh GIN TAY
RUNTUH: Bangunan JTC Corporation di 3013 Taman Perindustrian Bedok E runtuh bahagian atap kelmarin. Tiada yang cedera. - Foto BH oleh GIN TAY -

SEORANG jurutera profesional telah memeriksa bangunan JTC Corporation, yang telah runtuh bahagian atapnya kelmarin, dan tiga bangunan di persekitarannya selamat dan menilai bahawa integriti struktur keempat-empat bangunan itu tidak terjejas.

Kerja pembetulan tetap masih dijalankan, tetapi pembersihan kawasan di kejadian 3013 Taman Perindustrian Bedok E akan berakhir tidak lama lagi, kata JTC semalam.

Menurut jurucakap JTC, sebagai langkah keselamatan, penyewa di bahagian bangunan yang terjejas dari tingkat satu ke empat tidak dapat pulang ke unit mereka semasa proses pembersihan dan pembetulan.

Sebilangan besar penyewa di bangunan sekitarnya pula kini dapat kembali bekerja.

JTC mengatakan kelmarin bahawa siasatan terhadap kejadian itu masih dijalankan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengatakan pada hari Ahad bahawa pihaknya telah menerima laporan dan mendapati bahawa blok konkrit sepanjang 40 meter telah jatuh dari ketinggian empat tingkat.

Tiada yang cedera.

Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) mengatakan dalam satu kenyataan kelmarin bahawa kerja sedang dilakukan untuk membuang beberapa kepingan konkrit yang masih tergantung dari bumbung bangunan empat tingkat itu.

BCA mengatakan pihaknya telah meminta JTC untuk mendapatkan nasihat daripada jurutera profesional mengenai cara membuang kepingan konkrit yang telah runtuh. Jurutera juga akan mengesyorkan kerja-kerja pembetulan tetap dan memeriksa tiga blok berhampiran dengan reka bentuk pelindung cahaya konkrit yang serupa.

Penyewa yang terjejas telah diberitahu bahawa mereka akan dapat kembali bekerja dalam tiga hingga empat hari, kata jurucakap JTC.

Kejadian struktur konkrit yang runtuh di bangunan sebelum ini dilaporkan termasuk pelindung cahaya yang jatuh dari tingkat empat Blok 201E Tampines Street 21 pada tahun 2016.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg