Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bangunan mercu tanda SG bermandi cahaya biru...

Apr 15, 2022 | 5:30 AM
- Foto fail
- Foto fail -

SEJUMLAH 56 bangunan mercu tanda di Singapura telah 'dibirukan' bulan lalu bagi memperingati Hari Air Sedunia.

Ia sebahagian projek Bandar Menjadi Biru atau City Turns Blue yang dianjurkan oleh agensi air negara PUB sejak 2014.

Bangunan yang menyertai projek itu dicahayakan dengan warna biru.

Antara bangunan yang mengambil bahagian adalah 16 bangunan mercu tanda termasuk Capital Singapore, Hotel Fullerton, tarikan SkyHelix di Sentosa dan institusi pendidikan posmenengah, kata PUB.

Malah, pameran Singapura di Ekspo Sedunia 2020 di Dubai juga menunjukkan komitmen Singapura kepada usaha memelihara air secara berdaya tahan.

Hari Air Sedunia jatuh pada 22 Mac dan projek itu berlangsung dari 19-22 Mac.

Hari Air Sedunia diperuntuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1993 sebagai peringatan bahawa air adalah sumber yang harus dilindungi.

Tahun lalu, 44 bangunan mercu tanda seperti Ion Orchard dan Muzium SeniSains Singapura bermandi cahaya biru.

Tahun ini, PUB berkata sejumlah 460 rakan kongsi menyertai usaha Hari Air Sedunia untuk mempertingkat kesedaran mengenai pemeliharaan air.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg