Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bangunan perindustrian di Defu Lane dijilat api

Jul 1, 2018 | 1:01 PM
KEBAKARAN: Pegawai bomba mengambil empat jam untuk memadamkan api pada awal pagi di sebuah bangunan perindustrian di Defu Lane pada 1 Julai 2018.
KEBAKARAN: Pegawai bomba mengambil empat jam untuk memadamkan api pada awal pagi di sebuah bangunan perindustrian di Defu Lane pada 1 Julai 2018. - Foto FACEBOOK/SCDF

PEGAWAI bomba mengambil masa sekitar empat jam untuk memadamkan api yang menjilat sebuah bangunan di perindustrian di Defu Lane awal pagi tadi (1 Julai).

Tiada orang dilaporkan cedera dalam kebakaran yang berlaku sekitar 2.30 pagi di 26 Defu Lane 6 itu.

Menerusi laman Facebook mereka sekitar 11 pagi tadi, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kebakaran itu melibatkan barangan sampah dalam satu ruang penyimpanan sebesar gelanggang bola keranjang.

SCDF berkata pegawai bomba segera menggunakan jet air untuk mengelak api itu daripada merebak ke kawasan berdekatan.

Api itu berjaya dipadam sekitar empat jam kemudian, sekitar 6.50 pagi.

Seramai 45 pegawai SCDF serta 13 kenderaan bomba dan kenderaan sokongan terlibat dalam operasi memadam api itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg