Bangunan ROMM dan ROM bakal dapat 'sentuhan' baru dari warga muda
Premium
Bangunan ROMM dan ROM bakal dapat 'sentuhan' baru dari warga muda
Mar 12, 2019 | 5:30 AM
SENTUHAN PELAJAR: Cik Siti Nur Diyana teruja dapat menyumbang idea bagi kerja ubah elok yang bakal dijalankan di bangunan ROM dan ROMM tahun depan. - Foto BH oleh ERVINA MOHD JAMIL -
BANGUNAN Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROM) dan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) di Fort Canning bakal mendapat wajah baru dengan 'sentuhan' pelajar tidak lama lagi.
Ini hasil kerjasama antara ROM dan ROMM dengan tiga institut pengajian tinggi setempat - Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD), Politeknik Temasek (TP) dan Politeknik Ngee Ann (NP).

