PERSATUAN Muhammadiyah sedang bekerjasama dengan pertubuhan agensi bantuan bencana Singapura Mercy Relief, untuk mengumpul dana bantuan kemanusiaan kepada keluarga paling teruk terjejas dan paling rentan di wilayah Sindh, Pakistan.
Dalam kenyataannya, Persatuan Muhammadiyah menyasarkan mengumpul $30,000 menerusi usaha pengumpulan dana bagi membantu Mercy Relief menyediakan bantuan kecemasan ke kawasan yang terjejas di Pakistan.
Butiran lanjut boleh didapatkan di laman:
https://muhammadiyah.org.sg/pakistanfloods.
Semua sumbangan yang dikumpul Persatuan Muhammadiyah akan diserahkan kepada Mercy Relief bagi tujuan khusus ini sahaja.
Pakistan kini sedang dilanda banjir terburuk yang pernah dialaminya dalam tempoh lebih sedekad.
Banjir kilat disebabkan hujan monsun yang tidak pernah berlaku sebelum ini, serta kejadian bencana alam lain seperti tebing sungai mengalir serta kecairan bongkah ais di pergunungan utara negara, telah merosakkan jalan raya, tanaman, infrastruktur dan jambatan.
Hampir satu pertiga negara itu berada di bawah air.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg