Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bank digital Grab-Singtel lancar akaun simpanan

Aug 31, 2022 | 8:07 PM
DILANCARKAN: Ketua Pegawai Eksekutif GXS, Encik Charles Wong yang mengatakan bank itu bertujuan untuk menyokong keperluan usahawan, pekerja ekonomi gig dan pekerja pertama. - Foto GXS BANK
DILANCARKAN: Ketua Pegawai Eksekutif GXS, Encik Charles Wong yang mengatakan bank itu bertujuan untuk menyokong keperluan usahawan, pekerja ekonomi gig dan pekerja pertama. - Foto GXS BANK -

PERBANKAN runcit digital Singapura dijangka kian bersaing dengan pemain baru, Bank GXS, melancarkan tawaran baru mereka. Disokong syarikat Grab dan Singtel, bank digital baru itu mengumumkan pada Rabu (31 Ogos) Akaun Simpanan GXS kepada pelanggan runcit serta korporat sebagai produk kewangan pertama mereka. Untuk menggalak pengguna menyimpan wang, Bank GXS tidak memerlukan jumlah minimum dan akan menawarkan faedah yang akan diperoleh setiap hari. Faedah akan dikreditkan ke akaun itu dengan setiap satu sen yang diraih. Sebagai permulaan, pelanggan Bank GXS boleh memasukkan wang sehingga $5,000 ke dalam akaun simpanan dan meraih faedah harian sebanyak 0.08 peratus setahun. Akaun simpanan tradisional biasanya memberi faedah secara bulanan atau suku tahunan, biasanya hanya pada akhir bulan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg