Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bank OCBC buka semula tiga cawangan, pusat perbankan utama hari ini

Jun 11, 2020 | 9:45 AM
KEMUDAHAN PELANGGAN: Bank OCBC mengumumkan akan membuka semula tiga cawangan dan satu Pusat Perbankan Premier OCBC mulai hari ini.
KEMUDAHAN PELANGGAN: Bank OCBC mengumumkan akan membuka semula tiga cawangan dan satu Pusat Perbankan Premier OCBC mulai hari ini. - - Foto: FAIL

BANK OCBC mengumumkan akan membuka semula tiga cawangan dan satu Pusat Perbankan Premier OCBC mulai hari ini.

Dalam kenyataannya, OCBC menyatakan langkah ini dibuat kerana peningkatan kehadiran pelanggan di beberapa cawangan setelah berakhirnya tempoh pemutus rantaian jangkitan pada 2 Jun lalu.

Ini menjadikan jumlah cawangan OCBC yang dibuka di seluruh negara menjadi 27 kesemuanya.

Jumlah kedatangan pelanggan di cawangan-cawangan OCBC telah meningkat, secara purata, lebih daripada 20 peratus.

Mulai esok, cawangan terbuka dan Pusat Perbankan Premier OCBC akan dapat memberikan khidmat nasihat kewangan secara langsung kepada pelanggan yang tidak dapat menggunakan saluran maya, tetapi dengan mengadakan janji temu sahaja.

Cawangan Bukit Batok, Sun Plaza dan White Sands akan dibuka semula untuk menyokong peningkatan jumlah pelanggan yang mengunjungi cawangan di Choa Chu Kang, Tampines dan Jurong East, dan di Northpoint City.

Pusat Perbankan Premier OCBC khusus di Parkway Parade juga akan dibuka semula untuk menyediakan perkhidmatan perbankan disebabkan oleh peningkatan jumlah pelanggan OCBC Premier Banking yang mengunjungi cawangan Marine Parade untuk pembukaan akaun, permohonan pinjaman dan transaksi tunai.

Mulai esok dan seterusnya, OCBC Bank akan meneruskan khidmat nasihat menjana kekayaan secara langsung dengan membuat janji temu hanya untuk jaminan bank, dana, pelaburan tersusun dan bon di 27 cawangannya dan 9 Pusat Perbankan Premier OCBC.

Pelanggan OCBC Bank bagaimanapun digalakkan untuk menggunakan khidmat nasihat menjana kekayaan secara maya, yang merangkumi Analisis Keperluan Kewangan yang menyeluruh.

Khidmat nasihat menjana kekayaan secara maya yang disediakan melalui persidangan video dengan penasihat kewangan OCBC Bank telah dilancarkan pada 18 April lalu semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan.

Langkah-langkah jarak selamat di kesemua 27 cawangan dilaksanakan dengan ketat untuk melindungi kakitangan dan pelanggan, terutama warga tua dan rentan, selain memastikan pelanggan selamat dan selesa.

Kakitangan melakukan pemeriksaan suhu badan dan memastikan pelanggan mematuhi jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter di barisan dan di kawasan menunggu cawangan.

Semua pelanggan mesti mengimbas kod QR SafeEntry sebelum memasuki cawangan, dan memuat turun dan menggunakan aplikasi TraceTogether.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg